Rivertron Trading (201803418978 / AS0399427-V)
1. Backup mingguan fail dan pangkalan data, disimpan di storan Rivertron yang berasingan daripada hosting Pelanggan.
2. Kemas kini teras WordPress, plugin dan tema.
3. Pemantauan website 24 jam.
4. Satu (1) kemas kini kandungan kecil sebulan (teks, gambar atau harga, sehingga 30 minit). Kuota tidak dibawa ke bulan berikutnya.
5. Laporan ringkas bulanan.
Tidak termasuk (disebut harga berasingan): reka bentuk, halaman atau ciri baharu; pemulihan website kena hack (diskaun 20% untuk pelanggan Jaga Website); e-dagang atau sistem tempahan; penulisan kandungan, SEO dan pengiklanan; yuran pihak ketiga (domain, hosting, lesen plugin premium).
1. Yuran dibayar di muka. Invois pembaharuan dihantar 14 hari sebelum tarikh matang. Tiada potongan automatik.
2. Jika bayaran tertunggak lebih 14 hari, perkhidmatan digantung. Website Pelanggan tidak dimatikan oleh Rivertron.
3. Pelan bulanan boleh ditamatkan dengan notis 30 hari. Yuran yang telah dibayar tidak dikembalikan.
1. Perkhidmatan bermula selepas bayaran pertama, persetujuan terma ini, dan akses diberikan.
2. Sebelum sebarang perubahan, Rivertron membuat backup penuh pertama dan audit awal, kemudian menghantar laporan keadaan asal.
3. Masalah yang wujud sebelum tarikh mula (malware, plugin lapuk, lesen tamat, ralat sedia ada) bukan tanggungjawab Rivertron dan disebut harga berasingan.
1. Membayar domain, hosting dan lesen pihak ketiga tepat pada masanya.
2. Memaklumkan Rivertron sebelum menukar kata laluan, membuang akses, menukar hosting, memasang plugin atau membuat perubahan sendiri. Masalah akibat perubahan oleh Pelanggan atau pihak lain dicaj berasingan.
Rivertron tidak mengawal pelayan atau perkhidmatan pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab atas gangguan, kehilangan data di pihak penyedia, had sumber hosting, atau perubahan harga dan dasar penyedia.
Jika kemas kini menyebabkan konflik, Rivertron memulihkan website daripada backup terkini tanpa caj. Backup mingguan disimpan selama 4 minggu. Pemulihan atas permintaan Pelanggan (contohnya terpadam halaman sendiri): 1 kali sebulan percuma, seterusnya dicaj.
Liabiliti Rivertron tidak melebihi yuran yang dibayar dalam 3 bulan terakhir. Rivertron tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung (jualan, keuntungan, peluang perniagaan).
Rivertron akan menyerahkan backup terkini, semua maklumat akses dan kod sandaran 2FA, membuang akses Rivertron dalam masa 7 hari, dan memadam salinan kata laluan Pelanggan. Pelanggan dinasihatkan menukar kata laluan yang pernah dikongsi.
Semakan awal percuma dibuat dari luar tanpa log masuk. Kerja bermula selepas sebut harga dan terma ini dipersetujui serta bayaran diterima. Backup dibuat sebelum pembaikan. Pemulihan website kena hack tidak menjamin website tidak dijangkiti semula kecuali Pelanggan melanggan Jaga Website. Jaminan kerja 14 hari: jika masalah yang sama berulang dalam tempoh 14 hari, Rivertron membaikinya tanpa caj. Akses tamat sebaik kerja diserahkan.
B1. Pelanggan mengaku sebagai pemilik sah website dan akaun berkaitan, atau wakil yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemilik sah, dan bersetuju menanggung rugi Rivertron jika pengakuan ini tidak benar.
B2. Pelanggan membenarkan Rivertron dan staf yang ditugaskan mengakses akaun berkaitan (domain, hosting, admin website, FTP, pangkalan data, DNS, e-mel, analitik) hanya untuk menjalankan perkhidmatan yang dilanggan.
B3. Cara utama akses ialah jemputan pengguna berasingan untuk Rivertron. Jika kata laluan perlu dikongsi, ia mesti dihantar melalui link selamat sekali guna yang disediakan oleh Rivertron, bukan melalui WhatsApp, SMS atau e-mel biasa.
B4. Maklumat akses disimpan dalam pengurus kata laluan bersulit dan hanya boleh dibuka oleh staf yang ditugaskan. Kata laluan tidak disimpan dalam e-mel, chat, hamparan atau CRM.
B5. Rivertron tidak mendedahkan maklumat akses, kandungan atau data perniagaan Pelanggan kecuali jika dikehendaki undang-undang. Kewajipan ini berterusan selepas perkhidmatan tamat.
B6. Data peribadi dalam website diproses hanya bagi pihak Pelanggan. Jika berlaku kebocoran data, Rivertron memaklumkan Pelanggan dalam masa 24 jam supaya Pelanggan dapat memenuhi kewajipan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
B7. Pelanggan boleh menarik balik akses pada bila-bila masa. Perkhidmatan yang memerlukan akses tersebut tidak dapat diteruskan dan yuran tempoh semasa tidak dikembalikan.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Soalan tentang terma ini? WhatsApp kami · Cetak / Simpan PDF